Tuesday 26 August 2014

PASUKAN PERSABA ASAR JUARA BAHAGIAN BETONG

GAMBAR PASUKAN PERSABA ASAR JOHAN PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN BETONG ZON JABATAN PENDIDIKAN DAERAH SARATOK PADA 21 OGOS 2014 DI SMK BAHASA MALAYSIA, SARATOK

PROSES KERJA

JALINAN KERJASAMA



Projek Inovasi ‘MAKRUFA(MARI KENAL HURUF ARAB)’ mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru-guru Bahasa Arab dan juga pihak atasan di SMK Agama Saratok serta pihak Sektor Pengurusan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ia juga mendapat jalinan kerjasama dari pihak pejabat pendidikan daerah Saratok dan pelajar-pelajar di Tingkatan 4 dan 3 SMK Agama Saratok merupakan peserta-peserta projek ini. Kajian untuk projek ini pula dilaksanakan ke atas semua pelajar Tingkatan 1 di SMK Agama Saratok dan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka.

SUMBER DANA



Dana untuk membuat projek ini diperoleh daripada Persatuan Bahasa Arab dan Peruntukan khas untuk projek inovasi menengah pada tahun 2014 yang berjumlah RM1746.00.  Apabila PERSABA ASAR menjadi Johan Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Zon Daerah Jabatan Pendidikan Saratok 2014, pihak pejabat pendidikan derah Saratok memberi sumbangan sebanyak RM500.00 sebagai dana tambahan untuk bahagian penambahbaikan projek MAKRUFA.